The Solacing Warmth

August 28th, 2011

Photobucket

It was raining and drizzling all day
Green leaves are turning orange, red and yellow
Chilly breeze and silence put me in solitude

.

Cold reminiscences
Tears in heart thinking about family and home
Sorrow it becomes thinking about the special blessings
That soon will be gone
Letting go was never easy

.

And I am in need of solacing warmth and company
To wipe off the shedding crystals
To be the source of Hope and sheer Bliss

.

With comforting words “It is ok.. I am here..”
Things will be fine, or so it seems to be
Soothing away my aching soul
He is there
And has always been there

.

Ya Rabb,
When I almost lose hope
You help me to realise
That Your love is always
Greater than my disappointments

.

Don’t let this serenity passing me by
Ramadhan may be gone
But for only You I serve
And You is ever Living..

Sharing Session

August 1st, 2011

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Rasa sungguh bersyukur kerana diberi peluang untuk berkongsi dengan ibu bapa dan guru-guru PASTI di Bandar U. Niat untuk berkongsi mula timbul bila saya memulakan Paediatrics Rotation di Leicester Royal Infirmary (LRI).

Saya sangat teruja dengan kelengkapan wad di hospital yang melibatkan Play Specialist, iaitu mereka yang pakar dengan permainan kanak-kanak di hospital. Jauh di sudut hati, diri bermonolog sendirian “MasyaAllah, mereka sungguh menitik beratkan pembesaran kanak-kanak dan mengambil serius permainan kanak-kanak walaupun di wad yang mengumpulkan para pesakit”


gambar hiasan

Maka saya telah berbincang dengan team From Britain, With Love untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu yang ditimba selama membuat Peadiatrics rotation bersama ibu bapa dan guru-guru yang terlibat.

Saya bukanlah Pakar Runding Kanak-kanak mahupun Pakar Motivasi untuk mengajar ibu bapa bagaimana untuk membesarkan anak tetapi daripada pengalaman sebagai pelajar perubatan dan juga pengalaman sebagai seorang yang mempunyai anak sedara seramai 7 orang, saya merasakan bermain itu adalah sesuatu yang sangat penting untuk pembesaran kanak-kanak.

MENGAPA BERMAIN ITU PENTING UNTUK KANAK-KANAK?


slide presentation

Sebagai seorang pelajar perubatan, kami diajar bagaimana untuk menilai umur seorang kanak-kanak dan tahap kemahiran mereka (Developmental Assessment) berdasarkan apa yang mereka boleh atau tidak boleh lakukan.Tanpa bertanya kepada ibu bapa berapa umur anak mereka, kami perlu meneka umur kanak-kanak tersebut. Contoh soalan yang kami perlu tanya kepada ibu bapa dan kanak-kanak tersebut ialah:

  • Apa yang boleh mereka lakukan setakat ini? Eg: Sudah boleh merangkak? Berjalan? Berlari? Menendang bola?
  • Sudah boleh mencapai permainan? Sudah boleh memegang barang-barang?
  • Sudah boleh menulis atau melukis? Jika boleh, huruf apa atau bentuk apa boleh mereka lukis/tulis?
  • Sudah boleh berkomunikasi? Sudah boleh bercakap berapa perkataan? Sudah boleh bercakap dengan lancar?
  • Bagaimana interaksi dengan ibu bapa atau ahli keluarga lain? Sudah bersekolah? Jika sudah, bagaimana interaksi dengan kawan-kawan?

Dan banyak soalan-soalan lain. Berdasarkan soalan-soalan ini, kami boleh kenal pasti samada kanak-kanak tersebut membesar dengan baik ataupun mempunyai suatu keadaan yang dinamakan ‘Developmental Delay’ yang boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi.

Jelas daripada screening questions yang dituju kepada ibu bapa dan kanak-kanak tersebut bahawa pembesaran mereka sangat berkait rapat dengan pendedahan kepada permainan kerana fasa kanak-kanak ini merupakan fasa yang sangat penting untuk mereka belajar dan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran untuk digunakan pada masa akan datang. Dan kemahiran-kemahiran ini diperolehi melalui stimulasi-stimulasi semasa bermain.

Bermain seawal mungkin juga adalah penting kerana ketika ini lah kanak-kanak mula menggunakan deria yang dikurniakan Allah. Deria melihat, deria mendengar, deria sentuh, deria rasa dan deria bau. Kanak-kanak perlu berinteraksi dengan dunia luar melalui bermain untuk membina deria mereka dengan baik.

Oleh kerana kanak-kanak dan permainan tidak dapat dipisahkan, ibu bapa perlu mengambil peluang ketika anak-anak sedang bermain sebagai medium pendidikan. Dengan bermain puzzle contohnya, kanak-kanak akan berasa lebih yakin dengan diri sendiri apabila mereka berjaya melengkapkan puzzle dengan baik. Bukan sahaja itu merangsang sifat ingin mencuba dan meningkatkan daya kreativiti, bermain puzzle juga melatih kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah (problem-solving skill). Ibu bapa hendaklah memberikan kata-kata motivasi dan kata-kata perangsang supaya mereka berani untuk cuba menyiapkan puzzle lain pula dengan lebih yakin.

Bermain juga, terutamanya di tadika atau sekolah, adalah salah satu medium untuk kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain untuk melatih kemahiran bersosial dengan baik. Sifat suka berkongsi permainan dengan kanak-kanak lain dan saling kasih mengasihi dapat dipupuk dalam melahirkan masyarakat yang lebih penyayang dan tidak mementingkan diri sendiri.

Kesimpulannya, bermain adalah suatu perkara yang sangat penting dalam membentuk dan melahirkan individu yang baik dan berguna pada masa akan datang.


Di UK juga, jururawat akan menggunakan alatan permainan untuk menerangkan clinical procedures kepada pesakit kanak-kanak.

PERKONGSIAN DR. SHAFIE

Dr Shafie Jameran, graduan University of Nottingham juga hadir untuk berkongsi pengalaman beliau sendiri. Beliau berkongsi pengalaman melihat bagaimana kanak-kanak istimewa seperti Down’s SyndromeAttention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan Autism Spectrum Disorder (ASD) dilayan dengan cukup baik. Semua pihak yang terlibat dalam Management Plan untuk kanak-kanak istimewa tersebut seperti Pakar Kanak-Kanak, Jururawat Khas, Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan sebagainya memastikan kanak-kanak tersebut membesar dan menjadi insan yang berguna dan berkemahiran mengikut kemampuan mereka. Kanak-kanak istimewa tersebut tidak disisihkan oleh masyarakat kerana mereka juga mampu membawa kebaikan, jika tidak kepada orang lain, sekurang-kurangnya kepada diri mereka sendiri.

Saya juga tertarik dengan kata-kata beliau bahawa kanak-kanak ini hendaklah dididik dengan baik kerana merekalah generasi akan datang yang akan mencorak dunia. Dan mereka juga perlu dididik supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah kerana itu sahajalah yang mampu ibu bapa tinggalkan selepas meninggal dunia selain daripada ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah (al-hadith).

RESPON DARIPADA IBU BAPA DAN GURU-GURU

Alhamdulillah, respon daripada ibu bapa dan guru-guru amat memberangsangkan. Mereka semestinya sangat terharu dengan kesungguhan dan kesanggupan anak-anak muda daripada United Kingdom untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan mereka.

Ada seorang ibu yang datang menegur saya selepas perkongsian saya itu dan bertanya apakah cara terbaik untuk beliau memastikan anaknya yang mempunyai Down’s Syndrome dapat membesar dengan baik. Saya agak kurang yakin untuk jawab kerana saya bukanlah orang yang terbaik untuk memberikan nasihat.

Namun, daripada pengalaman saya di UK, saya memberitahu kepada ibu tersebut untuk mencari dan bertanya kepada kawan-kawan lain sekiranya ada yang mempunyai anak yang menghidapi Down’s Syndrome. Jika di UK, mereka ada social group atau persatuan yang melibatkan ibu bapa berkumpul dan berkongsi kisah dan pengalaman supaya ibu bapa lain juga mendapat manfaat.Ibu itu pun berasa lebih yakin untuk mencari sahabat-sahabat lain selepas berjumpa dengan seorang ibu lain yang juga mempunyai anak yang menghidapi Down’s Syndrome.

Saya juga berkata pada ibu itu untuk tidak mengasingkan anaknya daripada adik beradik lain ataupun kanak-kanak lain. Biarkan dia membesar dengan ‘be a part of the environment’ supaya dia tidak berasa asing atau left-out. Walaupun ianya sedikit sukar kerana mentaliti masyarakat yang kadang-kadang memandang serong pada kanak-kanak istimewa, tetapi sebagai ibu bapa, kita perlu menyuntikkan sifat positif kepada anak-anak supaya mereka membesar dalam keadaan yang positif.

Dan apa yang membuatkan saya berasa gembira ialah senyuman seorang ibu penuh dengan harapan untuk anaknya yang istimewa :)

“Play is not a luxury. Play is a necessity.” - Kay Redfield Jamison; Professor of Psychiatry.

Alhamdulillah. Semoga perkongsian dan usaha yang sedikit ini mendapat barakah dan rahmat daripada Allah. Mudah-mudahan kanak-kanak itu menjadi generasi Muslim dan Muslimah yang dapat membangunkan Ummah.

Allahua’lam.

Rushdina Abdul Rashid
Pelajar Tahun Akhir Perubatan
University of Leicester, UK

Of Random Pakcik

July 6th, 2011

It was a long day in the Children Admission Unit (CAU). Got there around 9am. Was wandering around doing nothing because there were not many patients to see early in the morning. Wasted time until 11ish. Then the registrar said “U can come back around 2. There will be probably more patients coming in then”

“Ah that’s good then. We’re planning to do evening on-call today so we might just stay from 2 till late evening then..”

So I went to ward 28. Saw a patient with DKA (Diabetic Ketoacidosis) for my portfolio case. Then went to Respiratory Meeting. Then went home (just 5min-walk from hospital) for lunch.

Then I went back to CAU around 2.30pm. Got to see some patients. Presented cases to Registrars and SHOs. Some were stable, some were not. Some were discharged, some were admitted. Well, I guess that’s a normal routine that you see in any admission units anyway.

What I wanted to say is, I learnt a lot today. SHOs and Registrars corrected me what I got wrong or what I missed out in histories and examinations. We discussed about differential diagnosis and managemant plans. Etc etc..

As a medical student, having a very helpful doctors in the wards just willing to spend their time teaching you is a real blessing.

But subhanAllah.. Allah just gave me another opportunitiy to learn a better thing. About life. About life that is just not about being a doctor. Life about helping other people at their very desperate situations. A simple lesson, but very deeply meaningful to myself.

So it was around 9.30pm. Knackered and got a little bit of headache. Presented one last case after the ward hand-over. My tummy started it’s karaoke. Myself is not very good in itself. Rasa macam nak demam so I took Panadol 6-hourly since yesterday. After the on-call, I rushed myself out of the ward, making my way home.

You know that moment when you just feel so tired and not bothered to know what is happening around you. You just can’t wait to be home and get yourself settled. It was at that time when this one old man just called me. I was just about to exit the hospital at the phone booth.

“Excuse me, can you give me a help?”

I slowed down my steps and stopped. Trying to smile. “Alamak, kenapa pula pakcik ini?” diriku sedikit mengeluh.

“I’m not quite sure how to use this telephone. I’ve been trying out using that (another) telephone but I could not get through as well”

Dalam hatiku “Ah sudah. Saya pun mana laa tahu nak guna telefon ni, pakcik” suara kecil jauh di sudut hati.

“I’m sorry but I’m not familiar with this as well.” I replied. Masa tu memang sangat tak larat.

“But I don’t know what else to do. Do you know how I can get a cab from here?” kata pakcik itu. Tua. Seorang diri. Kelihatan sangat lost dan tak tahu nak buat apa. Di luar sedang hujan agak lebat.

You know, I could just say “I’m sorry, pakcik. But I really don’t know what to do. I’m really sorry..” dan terus meninggalkan pakcik itu keseorangan.

But I could not do that. Because if I did, I will never forgive myself, EVER.

Keadaan sekeliling sangat sunyi. Kedai dah tutup. Clinic semuanya sunyi dan tiada orang. Even the A&E was a bit quite.

“Let me just see what I can do..” Aku pun cuba masukkan syiling aku dalam telefon. Tiada line juga. Aku cuba telefon yang lain. Tiada line juga. Samada aku tak geti guna telefon tu, atau telefon2 tu memang hampeh sebab tak berfungsi.

“Well, you know what, I can use my mobile to call a cab for you” aku cuba mencari solusi yang lebih rasional. Pakcik itu kelihatan sedikit serba salah kerana menyusahkan aku.

“Oh, thank you very much, love” (Kat UK, perkataan ‘love’ ‘darling’ ’sweetheart’ dan sewaktu dengannya, adalah bahasa pasar mereka untuk beramah mesra, maka sila jangan berburuk sangka dengan pakcik itu :D). Pakcik itu kelihatan sungguh relief.

Maka aku membuat panggilan telefon memanggil cab untuk pakcik itu. Cab akan datang lagi 5-10minit. Pakcik itu kelihatan sungguh gembira dan terharu.

“Thank you very very much, my love. Thank you for helping me out” tak putus-putus pakcik itu cakap terima kasih.

“It’s not a problem at all, really” aku hanya mampu senyum. Tapi memang sungguh, pakcik itu tidak menyusahkan aku langsung walaupun aku sangat penat ketika itu.

Aku meninggalkan pakcik itu di tempat tunggu teksi, dengan harapan pakcik itu dapat ke destinasi yang dia ingin pergi.

Photobucket
(gambar hiasan)

Aku melangkah pulang. Hujan renyai-renyai. Malam, baru sahaja maghrib.

On the way home, I reflected and muhasabah. After one long day in the hospital, when I thought I learnt so much about medicine in the wards, I actually learnt a lot more from just one short incident by bumping into that pakcik. I had a choice of just leaving him there and got him sorted things out himself.

But then again, at that point, when he had got no one else to turn to or ask help from, I could be the only source of solution that he could get from. Or else his night won’t be that good. He might just had some bad experiences before, well, I don’t know.

But by just doing simple thing, I had given a help to a person who was at his very desperate situation. He needed me more than any other patients in the ward ever need me. I could just satisfy myself learning a lot about medicine but would it be a worthwhile lesson learnt if I just ditched a person who was in dire need.

In fact, after a long tiring day, that pakcik actually made me so blessed and happy. And I smiled all the way back. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah :)

And now, writing it back for this entry, I remembered his face. And I realised that I have never had my chance to know my own grandfathers (one passed away when my mum was 2, one passed away when I was 7 years old). And I just hope that if any of my beloved people ever need any help at any point, I hope there will be someone who is willing to help them.

Copied from Kak H’s FB: Ditanya pada seorang tuan guru, apakah musibah terbesar dalam hidup seorang manusia? “Apabila kamu berupaya melakukan kebaikan tetapi kamu terlepas daripada melakukannya”"

Thanx, pakcik. For teaching me a good lesson today :) Thank You, Allah. For giving me another opportunity to learn about life. Alhamdulillah :)

Of Happy Moments

June 11th, 2011

(Wow. Lamanya tak menulis. Ok, mari kita tulis sesuatu..)

Alhamdulillah. Hari ni rasa nak senyum je. Bahagia kan bila kita rasa gembira dan kita tahu bahagia tu hanya datang daripada Allah sahaja. Indahnya perasaan itu. Seolah-olah seperti Allah kata “This sweet moment is for you, my dear, as a recharge of yourself for the next hard times”. ‘Ala kulli hal, Allah tahu segalanya.

So, flight ticket to Malaysia dah confirm, insyAllah 21/7-21/8 :) Tak tahu kenapa rasa happy sangat. Bila travel agent call to confirm the booking, rasa macam nak lompat kegumbiraan. Nak kata tak sabar jumpa family, memang pun tapi selalu je skype. Maybe it’s just good to be back with familiar environment and people, to be at a place that is very close to heart. Apa-apa pun, moga Allah permudahkan urusan aku di hospital sebelum aku start cuti. Moga Allah bantu aku dan beri kekuatan untuk menghadapi 6 minggu lagi sebelum boleh balik, insyAllah :)

Anyway, Paediatrics rotation kat Burton Hospital memang best so far, alhamdulillah :) The hospital itself is nice, rasa macam pergi vacation je. The Paeds team pun best sangat. I don’t really mind if I have to stay here for more than 3 weeks hehe. Hopefully I could get the most out of this block insyAllah.

So, Paeds is now in the list together with O&G and Ophthalmology. Though, it’s just a bit depressing to see sick kids. But the most valuable moment is when they genuinely put a smile on their face, regardless of the pain and poignancy they have. An honest smile of hope. Priceless :)


(Source: Here)

Petang semalam pergi Nottingham lepak-lepak rumah Kak Yenti. A good brief get-away alhamdulillah. Enjoyed my time with the kids. Paling best bila Aisyah menangis jerit-jerit memanggil namaku kat bus station bila aku nak balik hoho :) Tapi kesian pun ada rasa tanak balik. Oh well Aisyah, insyAllah next time Kak Dina datang lagi ye? And we can go cycling in the park :)

Oh I so miss my nephews and nieces back home. InsyAllah will see them in 6 weeks’ time :)

(I’m still figuring out an easy way to update Wordpress from iPhone. Any idea, peeps?)

An experience of a junior doctor

March 22nd, 2011

I got this story from a forwarded email long time ago. I suddenly stumbled upon it and reflected on it. I wonder what kind of doctor I am becoming (if ever, insyaAllah). Reading it makes me realised the ups and downs in the journey of life as a whole, and towards becoming a doctor in particular, are inevitable. Everyone would unanimously agree that nothing in this world is easy. If you want something good, both in this dunya and in the hereafter, there must always be something to pay for.

I hope there are some lessons that we could take away from this sharing. And I hope the writer would not mind me sharing her story in my blog, for the benefits of others, insyaAllah. And I hope she would be blessed by Allah through out her life as a muslimah doctor, insyaAllah.

“Terima kasih atas sokongan dan nasihat. Susah nak cakap. Saya baru 8 bulan bertugas sebagai pegawai perubatan. Dah banyak air mata ni tumpah. Terus terang saya katakan, terutama pada adik-adik yang tengah buat medicine, tugas ni sgt besar. Jangan ingat nak jadi doktor tu semata-mata nak glamour, banyak duit, orang hormat dan sebagainya. Tak seindah yang orang bayangkan.

Kalau niat tak betulkan dari awal susah nak bertahan. Kita pegang amanah, kadang-kadang kepentingan diri sendiri memang perlu banyak dikorbankan.

Saat org lain nyenyak tidur, kita bercekang mata sampai subuh sebab rawat org Saat orang bangun tahajjud, kita masih lagi belum tidur, masih sibuk ambil darah, clerk case. Saat orang lunch, kita terkial-kial buat kerja, breakfast, lunch semuanya disatukan waktu dinner Belum lagi kena marah dgn pakar, doc senior, sister, s/nurse. Terkulat-kulat menelan malu. Kadang pesakit hargai kita, tapi ada juga yg marah-marah kat kita. Tu pun kita telan, akhirnya kenyang walaupun tak sempat makan

Saat paling sedih dalam diari saya sebagai doktor ialah saat Asyraf pergi mengadap Ilahi dan saya masih sibuk di hospital merawat bayi orang. Asyraf, anak sedara saya, lahir dengan masalah Patent Ductus Arteriosus + Transposition of Great Arteries. Saat Asyraf lahir sampai dioperate kat IJN, saya masih sibuk di NICU jaga baby orang.

Sampai Asyraf nazak di IJN, saya masih oncall tak dapat cuti. Saya jaga dan rawat bayi orang, tapi darah daging saya pun saya tak sempat tengok. Saya datang oncall haritu dgn mata bengkak dan tak henti-henti menangis. Bila tengok baby orang, saya teringat Asyraf tengah nazak. Akhirnya Asyraf kembali ke rahmatullah tanpa sempat berjumpa dgn makngah dia

Saya redha pemergian Asyraf dalam keadaan suci tanpa dosa. Selamat jalan Asyraf, semoga kita bertemu di syurga, amin

Kadang orang tak tahu derita kita. Betapa banyak air mata yang tumpah. Orang hanya tahu menilai luaran dan hanya tahu komplen. “Doktor baca paper masa pesakit tungu lama” “Doktor tak tahu diagnose” dan sebagainya. Walaupun saya tak nafikan ada juga doktor yang ada attitude problem tapi masih banyak doktor yang amanah, yang korbankan diri dan masanya
jadi janganlah kerana nila setitik, semua doktor dianggap seperti itu.

Saya pernah jaga wad ibu bersalin. Masa tu saya oncall. Datang kerja lepas subuh pukul 6 lebih, sempat minum susu segelas saja. Saya handle 4 ward sorang-sorang. Sampai pukul 7.30malam, baru jumpa nasi. Sampai lembik dan gastric. Sampai nak solat pun terkejar-kejar. Pastu datang doktor pakar, kena maki lagi (bukan marah, tapi maki) depan pesakit lagi. Air mata ni nak tumpah, tapi saya tahan tak nak nangis depan doktor tu. Saya masih bertahan tak tidur sampai pagi, besok pagi kena marah lagi

http://3.bp.blogspot.com/_YIGwolhYYP0/SvBTkleyp6I/AAAAAAAAAYw/jtzcsFO9nJM/s400/tired1.jpg

Apa yang saya hadapi ni, ramai doktor yang menghadapinya terutama doktor baru. Kawan-kawan saya dah ramai yang minta berhenti sebab tak tahan. Ada yang under psychiatric treatment sebab stress Dulu sebelum kerja, saya hairan kenapa ada doktor stress sampai nak bunuh diri. Bila dah kerja baru saya tahu betapa stesssssnya!!!

Saya hanya minta kekuatan dari Allah, berilah saya pertolongan dan kemudahan dalam melaksanakan amanah ni. Saya nak ambil medic bukan mudah. Dulu saya kelas agama kat KISAS. Cita-cita saya tinggi walaupun saya tak pandai macam kawan-kawan lain. Masa di kelas 4 agama vok 8, saya pinjam buku kawan dari kelas sains. Saya belajar sendiri kimia dan biologi. Tak sangka dapat tukar masuk kelas sains

Masa kat matriks UIA, tak dapat buat medic, saya ambil bioscience. Permohonan medic Mesir tak lulus. Saya lanjut degree biomedic di UIA Gombak. Ramadhan 2001, malam tu lepas solat istikharah saya nampak jalan akan ambil medic tapi tak tahu kat mana dan macam mana. Rupa-rupanya Allah dah aturkan jalan untuk saya.

Berkenalan dengan seorang pakar jantung secara tak sengaja. Dia bantu saya ambil exam di kedutaan Indonesia. Kalau tak silap dari 2000 orang yang ambil exam, hanya 500 yang lulus dan Alhamdulillah saya lulus. Tapi tak dapat biasiswa MARA atau JPA.

Hampir-hampir saya tak ke Indonesia sebab takde duit. Masa tu saya dah berhenti UIA sebab tak dapat attend kelas sebab saya keluar dari satu pejabat ke satu pejabat, ke Angkatan Tentera Malaysia cari sponsor. Tapi hampa.

Abah buat pinjaman bank, tapi tak lulus. Abah kerja syif kat hospital (junior MA) sampai tak balik rumah sebab nak kumpul duit hantar saya sambung belajar. Walaupun abah tahu dalam masa 1 minggu tak kan mampu nak kumpul RM20 ribu untuk yuran admission saya

Hampir-hampir abah putus asa. Tapi saya yakinkan abah, kalau tak dapat ambil medic, saya akan sambung form 6. Saya takkan berhenti belajar Masa tu saya banyak sangat masalah. Dah jatuh ditimpa tangga. Saya hanya tawakkal dan pasrah pada Allah.

Aalhamdulillah beberapa hari sebelum tarikh tiket berangkat, rayuan abah ke Bank Rakyat diluluskan. Bank Rakyat buat meeting bincang kes rayuan saya. Diluluskan dana pendidikan khusus. Segala puji bagi Allah. Duit yuran 1 semester kat UIA Gombak, muslimat UIA buat kutipan dan bantu saya. Jazakumullahu khairan katsiira.

Duit tiket mak kawan yang bayar. Beberapa bulan saya menumpang di rumah senior. Duit sewa doktor tu tolong bayar. Banyak saya hutang dia. Dia kata tak apa, yang penting saya jadi doktor untuk ummah, dia sanggup tolong saya.

1 tahun pertama, kehidupan saya di Makassar sangat menyedihkan. Sebab nak jimat dan taknak susahkan abah umi, saya ikat perut. Kakak dan adik-adik saya masih belajar dan pakai banyak duit. Saya tak sampai hati minta duit kat abah. Saya jalan kaki ke kampus, jauh juga. Saya beli nasi goreng, sebungkus RM 1.50 (3000 rupiah). Nasi tu saya bahagi dua (1 bahagian untuk makan tengahari, satu bahagian untuk makan malam). Kadang nasi tu dah basi, tapi saya telan juga Anda pernah makan nasi basi? Saya pernah banyak kali. Aalhamdulillah berkat perut saya tak sakit lepas makan nasi basi tu.

Pernah duit dalam tangan tinggal 6000 rupiah (RM 3) nak bertahan 1 minggu dengan 3ringgit macam mana? Abah tak dapat gaji lagi.. Alhamdulillah tiba-tiba mak kawan saya kirim duit zakat, dapatla saya bertahan sampai abah dapat gaji. Pernah juga ustazah buat collection dari cikgu-cikgu KISAS dan kirim duit pada saya. Terima kasih cikgu Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan yang banyak, amin.

Alhamdulillah, setelah keluar result tahun pertama saay dapat 3 pointer lebih. MARA dan JPA tawarkan biasiswa. Saya pilih MARA. Sejak tu beban abah dah berkurang. Alhamdulillah dapat saya bertahan sampai selesai ijazah sarjana muda perubatan. Setelah susah payah yang saya lalui untuk belajar medic, tak mungkin semudah tu saya nak berhenti.

Bila penat, pesakit ramai, tak cukup tidur, saya cuba bisikan dalam hati, “Aku buat kerja kerana Allah. Aku stay up attend new case kerana Allah.” Hati ni terasa lapang, kerja terasa dimudahkan. Bila stress, terasa nak marah, apalagi dengan kerenah nurse dan pesakit Tapi tak sampai hati nak marah sebab saya pun tak suka dimarah. Saya faham perasaan orang yang kena marah. Jadi amarah tu disimpan dalam-dalam, saya lempar senyuman (walaupun senyuman tak semanis biasanya sbb tgh stress) Kalau oncall, walaupun tak tidur sampai subuh, alhamdulillah saya masih boleh bercekang mata sambung kerja sampai petang. Walaupun terasa nak rebah masa buat round dengan pakar Cuma saya harap, Allah beri saya kesihatan agar saya boleh terus merawat  pesakit.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2010/09/20/article-1313804-0B182EA3000005DC-551_468x298.jpg

Apa yang terjadi pada saya sepanjang bekerja, juga dialami oleh semua doktor terutama doktor baru. Jadi kalau anda yang baca emel ni, ke hospital untuk mendapatkan khidmat doktor, semoga anda faham apa yang kami alami dan cuba mengerti keadaan kami Kami tak minta dihormati tapi hargailah kami yang cuba mambantu anda. Bersabarlah kalau lambat dilayani, kerana kemampuan kami terbatas. Kami tahu anda yang datang ke hospital untuk dibantu sedang sakit. Apabila anda bersabar, kami juga dengan senang hati membantu anda.

Berapa banyak doktor wanita yang saya kenal tak berumahtangga. Bila ditanya kenapa, ada yang menjawab kerana tidak mampu membahagi masa antara kerja dan tanggungjawab rumahtangga. Bukan sebab dia terlalu mementingkan kerjaya. Tapi di saat dia harus memilih antara keluarga dan kerja, dia tidak mampu handle kedua-duanya, jadi dia memilih kepentingan pesakit yang memerlukan khidmatnya dan akhirnya dia tak berumahtangga Tapi tak semua. Ada juga berjaya mengharungi kedua-dua dengan saksama.

Jadi dah jelas, kerjaya ni tak seindah yang orang sangka. Awas, kalau niat tak betul, mungkin tak kan dapat bertahan

Anda tahu, berapa doktor dibayar sekali oncall? Kalau weekdays, bermula oncall setelah habis office hour (dari jam 5 petang sampai 7 pagi besok), total 15 jam, anda hanya dibayar RM100 sahaja. Kalau weekend, start oncall jam 7am to 7am besok pagi (total 24jam) doktor hanya dibayar RM110 sahaja.

Walaupun orang kata gaji doktor besar, kami tak rasa begitu sebab teruknya belajar dan teruknya stress kerja tak dapat disama hargakan dengan harga sebuah ketenangan. Tapi rata-rata doktor, apalagi doktor baru seperti saya dan kawan-kawan saya, kami tak kisah sangat pasal bayaran. Kita nak bertugas sebagai doktor bukan kerana berapa banyak gaji yang dibayar. Kami dah dibiasakan kerja under stress. Hari oncall (tak cukup tidur atau bahkan tak tidur langsung sampai pagi) besok postcall tapi kena sambung kerja sampai balik petang atau malam, besoknya oncall lagi. Tu namanya EOD call (Every Other Day).

Jujur, saya tak menyesal memilih jalan ni. Saya rasa saya tak mampu, tapi Allah tahu kemampuan kita. Saya rasa saya tak kuat, tapi alhamdulillah Allah menguatkan saya.

Doktor tak minta anda mengucapkan terima kasih kerana ini memang tanggungjawab kami
kepuasan bagi saya apabila pesakit yang menderita dapat rawatan sempurna dan pulang dengan senyuman Kesembuhan anda bukan ditangan kami. Kami hanya membantu mengurangkan penderitaan anda tapi Allah lah yang Maha berkuasa menyembuhkan.

Doakan saya diberi keikhlasan dalam menjalankan amanah dan dimudahkan urusan dalam ilmu dan semuanya untuk ummat ISLAM, semata-mata kerana Allah Taala. Selamat berjuang…

Al-Zalzalah : Kegoncangan

March 12th, 2011

Dalam tafsir Ibnu Katsir, ada diceritakan tentang kisah seorang lelaki tua yang mendatangi Rasulullah saw dan meminta untuk diajarkan membaca surah yang pendek dan tidak menyulitkan beliau yang sudah tua dan lemah (zaman Rasulullah saw dulu, Al-Quran masih belum disusun dan dibukukan seperti Al-Quran hari ini. Semuanya dihafal).

Rasulullah saw kata: “Bacalah 3 daripada surah-surah yang bermula dengan huruf Alif, Lam, Ra’”.

Lelaki tua berkata: “Aku ini sudah tua. Hatiku sudah mengeras. Lidahku sudah kaku.”

Rasulullah saw kata: “Bacalah surah-surah yang bermula dengan huruf Ha, Mim”.

Lelaki tua itu memberi jawapan yang sama.

Rasulullah saw kata: “Bacalah surah-surah Musabbihat (yang bermula dengan kata-kata tasbih)”.

Lelaki tua itu memberi jawapan yang sama dan berkata: “Ya Rasulullah, bacakanlah kepadaku surah yang mencakupi kesemuanya”.

Lalu Rasulullah saw membacakan: إِذَا زُلْزِلَتِ الاٌّرْضُ زِلْزَالَهَا (Apabila bumi diguncangkan dengan goncangan yang dahsyat..)

Lepas Rasulullah saw habis membaca surah tersebut, lelaki itu pun berkata: “Demi Rabb yang mengutusmu dengan kebenaran seorang Nabi, aku tidak akan memberi tambahan padanya”.

Lelaki tua itu pun pergi meninggalkan Rasulullah saw dan baginda berkata: “Beruntunglah dia, beruntunglah dia”.

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا . وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا . وَقَالَ الْإِنسَانُ مَا لَهَا . يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا . بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا . يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ . فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ . وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

“Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat) dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya, dan manusia bertanya: “Mengapa bumi (jadi begini)?”, pada hari itu bumi menceritakan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” - [99:1-8]

Kejadian Hari Kiamat

Dalam surah ini, Allah menceritakan kejadian hari kiamat yang berlaku dalam 2 tahap. Tahap pertama dimana bumi digoncang dengan goncangan yang maha dahsyat. Terlalu banyak dalam surah-surah lain yang Allah kisahkan kejadian hari kiamat. Matahari akan digulung. Bintang-bintang akan berjatuhan. Gunung-gunung akan dihancurkan. Api neraka akan dinyalakan. Buku-buku amalan sudah dibuka untuk pengadilan.

Tahap kedua ialah apabila manusia dibangkitkan untuk dihisab. Ada yang dibangkitkan dengan muka yang berseri-seri gembira, tidak sabar untuk mendapatkan balasan syurga. Ada yang dibangkitkan dalam keadaan murung dan takut untuk disiksa azab neraka. Sedangkan ada yang sanggup menggadaikan anak-anak, isteri dan keluarga saudara mara demi menyelamatkan diri sendiri daripada azab neraka.

“Pada hari itu, orang yang berdosa ingin sekiranya dia dapat menebus dirinya dari azab dengan anak-anaknya, dan isterinya, dan saudaranya, dan keluarga yang melindungi dirinya di dunia dan orang-orang bumi seluruhnya, kemudian mengharapkan tebusan itu dapat menyelamatkannya” [70:11-14]

Allahu rabbii..

Mengapa Rasulullah saw berkata “Beruntunglah dia, beruntunglah dia” kepada lelaki tua tadi? Kerana dalam surah inilah lahirnya intipati keimanan seseorang hamba kepada hari pengadilan kelak. Setiap yang dia lakukan atas dunia ini akan diadili di akhirat sana. Sekecil-kecil zarah kebaikan akan mendapat pembalasan, dan sekecil-kecil zarah kejahatan akan diberi balasan yang setimpal.

Sekecil-kecil zarah kebaikan

Surah ini memberikan harapan kepada setiap muslim untuk melakukan kebaikan. Sekecil-kecil zarah kebaikan seperti menderma £1 ke dalam tabung masjid juga dikira pahala. Memberikan salam dan senyuman kepada orang lain juga dikira pahala. Menunjukkan jalan kepada orang yang sesat juga dikira pahala. Berakhlaq baik kepada orang lain juga dikira pahala. Dengan syarat, niatnya hanya semata-mata kerana Allah Taala.

Tetapi setiap muslim perlu berlumba-lumba melakukan sebesar-besar zarah kebaikan iaitu berjihad di jalan Allah. Sebab dalam Al-Quran Allah sebut:

“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu darjat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar” [4:95]

Sangat suka dengan hadith riwayat Muslim dan Bukhari seperti di bawah:

“The horses are for three. For one man they are a reward, for another man they are a shield, and for another man they are a burden. In reference to the man for whom they are a reward, he is the man who keeps them to be used in the way of Allah. Thus, they spend their entire life grazing in the pasture or garden (waiting in preparation for Jihad). So whatever afflicts them during that lengthy period in the pasture or garden, it will be counted as good deeds for him. Then, if their lengthy period is ended and they are used for a noble battle or two, their hoof prints and their dung are counted as good deeds for him.

When they passed through a stream from which they did drink, though he (their owner) does not intend to quench their thirst, yet, it would be counted as good deeds, Therefore, they are a reward for that man. A man who keeps them to maintain himself and to be independent of others (i.e., begging, etc.), and he does not forget the right of Allah upon their necks and their backs (i.e., their Zakah), then they are a shield for him (from the Hellfire). A man who keeps them in order to boast, brag and show off, then they are a burden for him (on Judgement Day). So the Messenger of Allah was then asked about the donkeys and he said: “Allah has not revealed anything concerning them except this single, comprehensive Ayah: ‘So whosoever does good equal to the weight of a speck of dust shall see it. And whosoever does evil equal to the weight of speck of dust shall see it’”.

Maka ada 3 pilihan untuk kita pilih:

1- Harta benda, masa, tenaga digunakan untuk Islam dan mendapat pahala.
2- Harta benda, masa, tenaga digunakan untuk diri sendiri.
3- Harta benda, masa, tenaga digunakan untuk mendapat dosa.

Sekecil-kecil zarah kejahatan

Kalau sekecil-kecil zarah kebaikan kita patut rasa tak cukup maka perlu berlumba untuk sebesar-besar kebaikan, tapi dalam kes kejahatan, kita tidak boleh memandang remeh walau sekecil zarah dosa yang kita buat. Rasulullah saw kata:

“Hati-hatilah kamu terhadap dosa kecil, kerana apabila sering dilakukan oleh seseorang, maka pasti akan merosakkannya (akan menjadi dosa besar).” [Hadis riwayat Imam Ahmad]

Dosa yang kecil yang dilakukan berterusan akan membuatkan hati kita kotor dan gelap. Takut-takut kalau dah gelap sangat hati, kita dah tak terasa dengan amaran-amaran Allah dalam Al-Quran. Kita tak rasa bersalah kalau lambatkan solat. Kita rasa biasa je kalau tak baca Al-Quran seharian. Setiap manusia itu melakukan dosa kecil, termasuk diri saya sendiri. Tetapi Allah sentiasa beri peluang untuk bertaubat.

Sewaktu Rasulullah saw menceritakan kisah surah Al-Zalzalah ini, Abu Bakr menangis kerana rasa takut dan gerun dengan kejadian hari kiamat. Kemudian Rasulullah saw kata:

“Seandainya kalian tidak berbuat salah dan dosa, sehingga Allah mengampuni kalian maka Allah akan menciptakan makhluk lain yang berbuat salah dan dosa sehingga Allah akan mengampuni mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang”.

Kesimpulan

Mudah-mudahan kita dapat ambil pengajaran daripada surah yang pendek ini dan menjadi orang yang beruntung. Kerana dengannya kita akan berlumba-lumba untuk membuat kebaikan dan kerana dengannya kita akan takut untuk melakukan maksiat walaupun tiada siapa yang nampak. Dan bila sudah tersedar dan insaf kerana banyak melakukan dosa kecil, maka beristighfarlah dan bertaubatlah mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa kita.

“..tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberianNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan..” [5:48]

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu..” [3:133]

A must see video:

Jadilah kita orang-orang yang sentiasa bertaubat dan orang-orang yang berjihad memperjuangkan agamaNya. Sesungguhnya masih ramai manusia di luar sana yang tidak mengetahui. Kita yang sudah ketahui, tidakkah kita ingin sampaikan kepada yang tidak tahu?

Allahua’lam.

Politik? Errr..

February 3rd, 2011

Aku bukanlah ahli politik. Dan aku juga bukan orang agama. Maka dengan kejahilan diri dan kekhilafan diri, aku amat tidak layak untuk berhujah tentang agama. Tetapi tanggungjawab dakwah itu tetap wajib maka aku cuba berkongsi apa yang aku tahu. Menjawab persoalan seorang kakak di FB yang pening membaca berita tentang politik. Maka, ini adalah jawapan ringkasku kepada kakak:

Kakak, itulah Sunnatullah (law of nature) kehidupan. Kebenaran dan hak itu SENTIASA berdepan dengan kebatilan dan kepalsuan yang akhirnya memeningkan semua orang. Sebelum kita masuk bab politik, kita sendiri sentiasa pening dengan diri sendiri sebab nafsu jahat sentiasa berlawan dengan iman. Kadang-kadang nafsu menang, kadang-kadang iman menang. Pening tak pening, kita PERLU juga buat keputusan, samada ingin menuruti nafsu atau iman. Kalau kita tak pilih, maka kita melanggari fitrah kita sebagai manusia. Sebab itu orang gila tidak bertanggungjawab dan tidak terhukum dgn apa yang dia lakukan sebab dia memang tidak waras dan tidak mampu untuk memilih. Tetapi bagi orang yang waras, apatah lagi muslim yang beriman, perlu juga buat pertimbangan antara dua entiti yang saling berlawanan itu.

Itu baru sahaja dilihat pada skop kecil individu, apatah lagi dalam persoalan politik terutamanya dalam menegakkan hukum Islam di atas muka bumi Allah. Kalau di Malaysia, perkataan politik cukup membawa stigma dan paradigma yang negatif, mungkin disebabkan definisi politik yang hanya kepada PAS, UMNO, DAP, PKR dalam pilihanraya dan sebagainya. Tanpa kita sedari, di tempat kerja pun banyak je politik, di universiti banyak je politik, sedangkan NHS di UK pun sangat terlibat dengan politik, hatta di sekolah rendah pun ada politik (siapa ketua darjah, ketua kebersihan etc). Pendek kata, definisi politik harus diperhaluskan lagi. Apa-apahalpun, apabila kita sebut politik dalam ruang lingkup Islam, ianya tidak lain tidak bukan untuk menegakkan Hukum Allah di atas muka bumi ini.

Dan sudah pasti, untuk menegakkan hukum Allah ini bukan kerja yang mudah. Susah itu satu hal, nak berhadapan dengan kebatilan itu satu hal lagi. Kalau kita belajar kisah-kisah para anbiya’ contohnya Nabi Sulaiman, beliau adalah Ketua Negara pada ketika itu. Kisah Nabi Nuh berhadapan dengan golongan Al-Mala’ (pemerintah). Kisah Nabi Musa yang menjadi ketua pembangkang, berhadapan dengan Firaun ketua kerajaan ketika itu. Rasulullah saw sendiri berhadapan dengan kerajaan Mekah yang menindas umat Islam (sekat ekonomi, tak bagi makan minum etc) sebelum hijrah ke Madinah. Pening tak pening, itulah yang dihadapi oleh para anbiya’ dahulu.

Lagi satu, bila kita sebut politik (atau dengan erti kata lain, ingin menegakkan hukum Allah sebagai hukum tertinggi), kita tidak rasa pun ianya sebahagian daripada tuntutan aqidah. Kalau kita baca Al-Quran, bila masuk bab hukum hakam, kita kurang hayati. Kita tidak pernah rasa wajib pun untuk laksanakan hukum Allah. Sebagai contoh:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” 2:183

Kita seringkali ulang ayat ini di bulan Ramadhan. Kerana apa yang kita kejar dengan puasa itu ialah mendapat ‘Taqwa’ di sisi Allah. Tapi tanpa kita sedari, beberapa ayat sebelum itu, Allah sebut tentang Qisas (Kanun Jenayah Syariah) dengan intonasi yang sama dan dengan ganjaran ‘Taqwa’ yang sama, tetapi kita tidak rasa diri kita perlu laksanakan perkara itu.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu Qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh….. Dan dalam Qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.” 2:178-179

Sudahlah kita tidak mampu hendak melaksanakan Qisas, Hudud dan sebagainya, tetapi apabila ada golongan yang ingin melaksanakannya, kita kurang ambil tahu pula. Di Malaysia, untuk meletakkan hukum Allah sebagai hukum tertinggi bukan mudah. Sebab orang ramai masih takut-takut dengan perkataan Syaria Law, sistem perundangan negara yang agak meragukan dan sebagainya.

Ok itu hanya perkongsian ringkas pasal politik yang orang selalunya fikir “maleh ah nak tahu pasal politik mesia ni. alik2 gaduh gitu je lah. boring.” sedangkan nabi-nabi dulu semuanya ahli politik belaka :) Dan politik itu juga sebahagian daripada aqidah kita.

Untuk respon kepada persoalan kakak tentang samada Rasulullah saw berdebat dengan Kafir Quraisy bila dicaci dan dihina atau hanya berdiam diri dan mendoakan mereka, saya yakin Rasulullah saw tidak berdiam diri malah menyampaikan apa yang haq. Dan bukan Rasulullah saw sahaja yang berdebat dengan golongan penentang, malah sesiapa sahaja yang ingin menyampaikan Islam akan sentiasa berhadapan dengan orang yang menyekat dan menghalang.

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang berdebat dengan Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) karena Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan).” 2:258

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan kepada mereka: “”Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul”", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.” 4:60-61

Ayat di atas menunjukkan adanya golongan yang mengaku beriman tetapi ingin berhukum dengan hukum Thaghut yang sesat. Dan apabila ada golongan yang ingin mengajak kepada hukum Allah, mereka menentang dengan sekeras-kerasnya. Bahkan kalau di Malaysia, bukan sahaja menolak hukum hudud contohnya, tetapi sanggup mengejek-ngejek kononnya kalau hudud dilaksanakan, maka banyaklah tangan yang boleh dibuat sup. Bukankah itu menghina hukum Allah?

“Sesungguhnya mereka telah mendustakan yang hak (Al Qur’an) tatkala sampai kepada mereka, maka kelak akan sampai kepada mereka (kenyataan dari) berita-berita yang selalu mereka perolok-olokkan.” 6:5

Saya yakin terlalu banyak kisah para Anbiya’ dan sirah Rasulullah saw dan sahabat-sahabat baginda yang lain yang berusaha keras mengekalkan pemerintahan Islam agar hukum Allah itu dapat ditegakkan. Kisah khulafa’ Ar-Rasyidun adalah kisah-kisah yang sangat banyak boleh dijadikan iktibar bila kita sebut tentang politik. InsyaAllah akan dikongsikan pada entri akan datang.

Photobucket

Pada zaman yang serba keliru dan kalut ini, kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk kepada kebenaran kerana yang benar dan haq itu hanya ada pada Allah swt. Dan kita perlu sentiasa yakin bahawa sebelum hari Qiamat akan tertegaknya Islam di muka bumi ini. Suatu hari nanti, Islam akan menang dalam politik dan memerintah bumi. Mungkin apa yang berlaku di Tunisia, Yemen dan Mesir adalah bukti-bukti kepada kebenaran hadith Rasulullah saw yang berbunyi:

Dari Nukman bin Basyir, katanya ‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.

Datanglah Abu Saklabah lalu berkata ” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’

Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.

Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yg Dia kehendaki.”

Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.

Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (malikun a’adhun) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.

Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman (malikun jabbar) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.

Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.

Kemudian Rasulullah SAW pun diam.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.

Kezaliman yang berlaku ketika Malikun Jabbar bukan hanya berlaku di Palestin, Tunisia, Yemen dan Mesir malah berlaku di mana sahaja Islam ingin ditegakkan. Sayang sekali kalau kita masih buta pada kezaliman yang berlaku di Malaysia sendiri. Jikapun kita tidak mendokong perjuangan Islam atas dasar aqidah, sekurang-kurangnya kita masih ada elemen kemanusiaan dalam jiwa dan menyokong kebenaran yang hak. Apa-apapun, Allah sahaja yang layak menilai pengorbanan mereka yang berjuang.

Teringat kata-kata adik saya sendiri: “Ish, aku dulu memang benci gila la politik ni. Malas gila nak ambil tahu. Tapi lepas kau cerita macam-macam kat aku, barulah aku tahu betapa baaaannyyyaaaakkk lagi yang aku tak tahu kat luar tu!”

Maka, marilah belajar dan saling berkongsi. Yang benar itu daripada Allah swt dan yang batil itu daripada kesalahan diri sendiri.

Allahua’lam.

The Inevitable

January 22nd, 2011

That morning (Tuesday January 18th), it was not like any other day. In fact, it was not an ordinary week all together. ITU week means everything starts early smack bang at 7.30 in the morning. Lateness means weird stares on u upon arrival (unless u are the consultant!). The gloomy ambience of the ITU itself gives me the chill, knowing that a proportion of the patients in ITU would eventually die. Yes, it is quite depressing.

Photobucket

An ITU bed space.

So, that morning, the ward round proceeded as usual. Going from one bed to another and being the one who draws the curtains over is already a norm. But one special thing about that morning was the bleep that Dr. S received. She was rushing out from the ITU when Dr. D asked her if one of us (Dat and I) could tag her along. So I decided to go with Dr. S (anaesthetist Registrar).

“It’s from the A&E. They bleep me for resuscitation. Sometimes it’s not really a major case. Usually it’s just the time to exercise (running from one place to another) and keep yourself fit. But let’s just see what they have got downstairs” - Dr. S.

So we rushed down to the A&E. There were Dr. R, the A&E consultant, another Anaesthetist Registrar and all sorts of nurses (cardiac nurse, radiography nurse, etc etc..), all started to prepare things before the patient arrived with the paramedics. It was very quick and fast. They just knew what to do exactly.

So when the patient (Mr. JR, 31 years old) came, he was unconscious with guedel airway in situ. He had had a history of 2-week flu-like illness and had deteriorated since. He had rigors at home that morning and suddenly became unresponsive, hence his mother rang the ambulance. He was previously fit and well and had no significant past medical history.

This is a tad similar to what had happened in the A&E.

Some medical jargons for medics out there: Respiratory rate (44), Heart rate (150 beats/min), Blood Pressure (98/42), Temperature (41degrees celcius), GCS (3/15).

Everyone was trying to do what they could, including me, whom at that time was only panicking inside and observing what Dr. S was doing. Dr. S sarted to sedate and intubate the patient while Dr. R together with another A&E consultant were trying hard to get as much information as possible from the paramedics while ensuring that the patient is well looked after. Dr. R then attempted to establish an arterial line on the Left Brachial Artery initially, then on the Left Fermoral Artery, both of which were of no avail. I totally understood the pressure those doctors were under but to be honest, I was quite impressed that they could actually stay calm and communicate with each other quite well, amidst the chaotic environment. That was definitely one of the things that I learnt.

Things were getting worse when Mr. JR started to bleed more and more. Blood was all over, coming out from the mouth, nose and from the puncture sites (particularly the Left Brachial and Femoral Arteries that Dr. R failed to get a line into).

“Rushdina, get your gloves and hold this for me! Press hard on it!” Dr. S finally asked me to help putting pressure on the puncture sites where blood was oozing out of it continously, no matter how hard and how long I was holding it there.

“I think he’s got DIC!” and the doctors agreed unanimously on that, whilst I was still trying to get my bearings. Who would have thought the “Sometimes it’s not really a major case” statement by Dr. S early on had actually been jinxed and turned into a dying man!

Blood was all over him. Not that I’m phobic of blood, Alhamdulillah, but the image of Mr. JR when he was first brought into the A&E literally a few minutes ago had totally changed into a nightmare. Allahuakbar..

After a Chest X-Ray was taken then, he was sent for a CT scan before being brought to the ITU. Alhamdulillah, that was the first time I could actually observe how a CT scan was conducted.

Then, when we got back to ITU, my planned teaching that afternoon was just about to start. So, without having a break to eat or even going to the loo, I joined the rest of the team for the teaching. (Dr. D is really a good teacher. I like him.)

The clock showed at 1.30pm. I believe Mr. JR was still waiting in the ITU for the next investigation/treatment. Suddenly Dr. S called me, “Rushdina, you want to go to the theatre as well? They are taking him for a surgery. The CT people rang up and said that the scan shows some nasty stuff. His appendix was perforated and there was a retroperitoneal haemorrhage so they have to open him up”. I was quite mentally exhausted at that time but I thought, following to the operation theatre (OT) would be nice, just as a follow-up of a patient I had seen from the beginning in A&E.

Dr. A, the in charged Consultant Anaesthetist for the surgery said to me, “I’m afraid I will be very busy in there and cannot teach you much”. “That’s totally fine, Dr. A. I would be very glad just to observe how everything is dealt with”.

He was rushed into the OT.

And there he went to the OT. There were 2 General Surgeons and 3 Vascular Surgeons waiting. Everything was very chaotic. The urgent surgery had put everyone under stress, especially for the 3 consultant anaesthetists, as they were trying very hard to stabilise his blood pressure that had been going down ever since. They did a Laparotomy and he bled even more. His blood pressure went as low as 15/5 on table!! Loads and loads of blood, FFP, platelets and cryo were transfused but that did not seem to help.

At that time, I pondered upon the Greatness of Almighty to keep a person’s alive, without getting any help from anyone. 8 great people (5 surgeons and 3 anaesthetists) at one time were struggling so hard just to save a man. They tried everything they could to avoid death. But no one actually has ever paid heed to trillions of people out there living healthily. Little have we actually appreciated the air we breathe, the blood that is circulating in our body, our blood pressure normally controlled by the physiology of our body system, the functioning heart, brain and kidney. SubhanAllah.

“So which of the wonders of your Lord you then deny?”

The surgery ended at 4.15pm. So knackered I was, I asked Dr. A’s permission to go back home if nothing else was going on. So I went home.

The next morning (Wednesday January 19th), I joined the ward round as usual. His blood pressure was very low (average was around 60/40). He did not pass any urine. His blood pH was 6.9 (metabolic acidosis due to high lactate production as a response to hypoxaemia). He had got Pneumonia as well. Needless to say that his bleeding did not stop. He bled profusely especially from his incision site due to Laparotomy. Within those several hours, 24 units of blood and loads of FFPs, platelets and cryo was transfused. He was obviously going downhill. All the doctors could do was just gave him supportive treatment from the blood transfusion, which actually did not help that much.

“Honestly, I really don’t know what to do” - Dr. F, Consultant Anaesthetist.

That morning, Mr. JR’s parents came. I saw his mother held his arm and kissed his forehead. She shed her tears. Looking at her, neither could I hold mine. I just realised that one of my weaknesses in being a future doctor is my inability to control my emotions. That was just one isolated case that actually took place before me. What about other mothers out there who have lost their sons/daughters? Who would have thought that her healthy son could suddenly go into that ‘hollow’? Who would have thought that the Almighty actually chooses them to be tested?

Indeed, death is not our decision to pick. No matter how hard the doctors were trying to help him, it was His final decision to make.

I didn’t go to the ITU on Thursday. Somehow deep inside, I knew he would not last long. But I just hoped, JUST HOPED to be there before he ‘go’, at least just being there for his parents. I texted my clinical partner on Friday morning, “I will be there slightly early. I just want to see how Mr. JR’s doing and follow him up for the case presentation. So I’ll see you in ITU then”.

The moment I read Dat’s reply, “Dina, your patient passed away yesterday morning”, I felt very devastated. I was not sure why. Maybe that first experience of a patient’s death sent the chill down my spine. I knew I did not do anything at all to help him. I knew that my presence would not change anything. But somehow, I just hoped things would be different.

Alas, we are just human and we are subjected to His deicisions and plans.

I learnt that the 5-year medical training is all about learning how to avoid death. Doctors treat patients to keep them alive and happy. But indeed, things are unpredictable and some things are just inevitable such that we need to learn by ourselves how to emotionally face them.

I wonder how it would be when I have to certify death myself for the first time, later on.

Photo by GB.

“Wherever you might be, death will overtake you even though you be in massive towers” [ 4:78 ]