Open Your ‘Lens’

Related article: The lens of your heart

Saya lihat rata-rata remaja ramai yang mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi. Teringat zaman mula-mula pegang DSLR. Kekok. Jahil. Tak pandai. Gambar pun tahpape. Alhamdulillah, makin lama, banyak sebenarnya saya belajar daripada fotografi. Kekuasaan dan kebesaranNya di serata tempat, di semua sudut.

Beberapa bulan yang lepas, ada seorang photographer yang saya kenal baru sahaja update flickr nya. sedih sangat rasanya. gambar yang ditangkap tidak langsung menunjukkan dirinya seorang Muslim. cukup saja saya katakan setting photoshoot tersebut adalah air terjun dengan model beberapa orang wanita. tak perlu disebut secara detail latar belakang photoshoot tersebut, hasilnya amat menyedihkan. senang cerita, lucah la kiranya.

yang lebih kelakar, description gambar-gambar tersebut ialah: sila jangan beri komen yang lucah. PLEASE HAVE SOME RESPECT.

Please have some respect? dimana logik akalnya, saya pun tak tahu. mereka memilih untuk meletakkan diri mereka pada tempat yang paling hina, macam mana orang nak respect?

oh duniaaaaa!

saya pernah terfikir untuk ‘retire’ daripada fotografi. tapi sukar. saya betul-betul passionate dengan fotografi. cuma masa sahaja tak memberi peluang. sibuk. dan ada banyak benda lain lagi yang perlu dibuat. PRIORITISE.

“takpe dina, boleh tangkap gambar untuk tujuan berdakwah” kata seorang sahabat. ya, setakat mana yang mampu.

kemudian ada seorang sahabat lagi yang cakap “makin lama pegang camera, makin banyak nampak kekuasaan Allah. makin terasa kerdil diri”

Alangkah bagus kalau semua orang ada pemahaman yang sama. BUTAKAH MATA MEREKA?

Saya bukanlah orang terbaik untuk buat video. Tapi harapnya membuka lensa mata hati. Baik yang baru, mahupun yang lama dalam bidang ini.

“..Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada” - Al Hajj (22):46

Ya Allah, kurniakanlah hidayahMu pada kami. Jangan Kau tarik semula nikmat Islam dan Iman daripada kami. Sesungguhnya kami sangat lemah ya Rabb, dan Kau jualah Maha Besar dan Maha Agung..

4 Responses to “Open Your ‘Lens’”

  1. ainaa Says:

    deyna.a very nice and meaningful entry.happy eid adha dearie.btw,take care.salam:P

  2. sempliciotto Says:

    salam.
    great vid! susah mau cari tau ni vid dalam youtube - dah xde.
    alhmdulillah jmpa juga vid y disebut-sebut ni.byk kali dah ‘guna’ (mnt izin ek - dah byk kali guna baru mnt izin huhu)
    mg pahalanya sampai kat awat, amin.

  3. Kamal Says:

    I always come here to get food for the soul. Hehe. No updates lately eh?

  4. maisarah Says:

    jazakillah ukhti!

Leave a Reply