Tahniah iLuvislam.com!
“Mum ingat lagi tak yang duk tengah-tengah dalam gambar 5 org tu? try la tengok buletin utama tv3 from today (jumaat) for 5 days. ada iklan pasal iluvislam.com.” aku memberitahu ibu berkenaan kejayaan iluvislam di tanah air. Baca sini.
MasyaAllah. SubhanAllah.
Dalam kepenatan berjaulah, berita ni betul-betul memuaskan hati. Syukur padaMu ya Rabb.
Aku masih ingat saat-saat kelahiran website itu beberapa tahun yang lepas. Ketika Imran offer aku tugas sebagai editor artikel, terasa seperti tidak mampu sahaja. Namun Imran banyak membantu pada awalnya.
Sekarang, aku rasa sangat puas dan gembira. Aku bangga ada seorang sahabat seperti Imran. Biarpun aku hanya dapat lihat dan dengar dari jauh, dalam kesibukan belajar, iluvislam menjadi prioriti utama setiap kali aku bertugas sebagai editor. Aku mengaku, usaha aku itu tidak setimpal dengan pengorbanan krew-krew lain yang bertungkus lumus menjayakan program iluvislam. Namun, Allah benar-benar membalas dengan memberi satu kepuasan hati yang tidak terungkap dengan kata-kata. Dan semestinya aku berbangga dan bersyukur menjadi salah seorang krew iluvislam walau sumbangan aku hanya sedikit cuma. Erti hidup pada memberi, bak kata Ustaz Hasrizal.
“Setiap orang ada kemampuan yang tersendiri. Kita mungkin rasa tak layak untuk menjadi seorang da’ie. Benar. Kita manusia yang tidak sempurna dan tidak mungkin akan sempurna. Tapi, fikirkanlah apa sumbangan kita kepada Islam jika kita mengimpikan syurga yang hanya layak untuk orang-orang hebat yang berjuang demi Islam. Biarlah sumbangan kita hanya setitis berbanding selautan titik peluh pejuang-pejuang yang lain. Sekurang-kurangnya, kita lakukan sesuatu. Kelak kau akan bangga dan bersyukur dengan usaha kau yang sedikit dan biasa, namun menghasilkan kejayaan yang luar biasa. Ikhlaskan diri dan tanamkanlah niat untuk terus memberi demi Islam, insyaAllah Allah pasti tunjukkan jalan”. Untuk seorang sahabat, semoga Allah bukakan hati untuk engkau terus menyumbang pada Islam.
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” - 29:69
Ayat-ayat terakhir aku pada ibu: “teringat masa first year dulu, dia byk tolong. masakkan mee laksa masa mum datang. huhu..”
Semoga Jumaat ini diberkati dan diredhaiNya.
February 27th, 2010 at 12:08 am
comel je!
a’ah kak! saya pun bangga dengan kejayaan iluvislam.com sekarang.
kekuatan yang ditunjukkan oleh encik presiden pun mnjadi inspirasi kpd saya utk jadi kuat.
insyaAllah! semoga Allah sentiasa tunjukkan jalan.
jalan-Nya yang lurus!